Friday, 6 March 2015

Foto Edit dan Kenangan Ipoh Perak.


Ini lah dia Pahlawan-Pahlawan Perak.Jajahan ulu lahat kinta.


Bandar ipoh ketika zaman dahulu.


Sultan Perak Yang Ke 28 

Almarhum diputerakan di Kuala Keboi, Kampar Perak pada 19 Jun 1849, merupakan putera yang ketiga kepada Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja) dan bergelar Almarhum Sultan Idris Murshidul ‘adzam Shah Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar setelah di tabalkan menjadi Sultan Perak Ke 28 (1887-1916).

Almarhum adalah Sultan Perak yang pertama memecah tradisi Perjanjian Toh Temong dengan Sultan Perak yang Pertama dan membina sebuah istana di tebing kiri mudik Sungai Perak (Terdapat kisah di sebalik kisah merujuk kepada Nenda Almarhum)*. Almarhum merupakan seorang tokoh Kesultanan Melayu yang menarik dalam sejarah negara ini, yang cerdik pandai dan berpandangan jauh. Almarhum bersaudara sepupu dengan Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II – Sultan Perak Ke 26.

Almarhum tidak pernah ke sekolah formal ketika itu namun mempelajari menulis dan membaca Jawi, Al-Quran dan pengajian agama Islam semasa di Kuala Keboi. Almarhum pernah berguru dengan Lebai Said Minangkabau, Kadi Besar Saiyid Abdullah Abu Bakar Al-Attas, Syeikh Mohd.Tahir Jalaluddin dan Syeikh ul-Islam Syeikh Mohd.Salleh juga mempelajari bahasa Inggeris dengan bimbingan Pegawai Tadbir Kuala Kangsar, D.H. Wise. Pada tahun 1887 dan mendapatkan khidmat Mr. Homes sebagai Tutor Bahasa Inggeris.

Almarhum banyak menyumbang kearah dalam bidang Pendidikan, Agama dan Kebajkan. Sumbangan buah fikiran Almarhum jelas dalam Persidangan Raja-Raja Melayu (DURBAR). Keberanian Almarhum menyuarakan dan menggesa pihak British agar lebih ramai orang Melayu dilantik untuk berkhidmat dengan kerajaan dan menjawat jawatan yang lebih tinggi pada Persidangan Raja-Raja Melayu (Durbar) kedua yang telah diadakan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur.

Almarhum menjadi ketua rombongan perwakilan yang membawa surat daripada Sultan Abdullah Muhammad Shah II kepada Gabenor Sir Andrew Clarke. Pada ketika itu Almarhum telah di lantik sebagai Hakim oleh Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II.

Almarhum menjadi hakim dalam perbicaraan Seputum, Che Gondah dan Ngah Ahmad di Bandar Baharu yang telah didakwa oleh British atas Pembunuhan Residen J.W.W Birch di Perak.

Pada 1878 Almarhum pulang ke Negeri Perak dari Singapura bagi membantu Raja Muda Perak Raja Yusuf yang menjadi Pemangku Raja Perak dan dilantik menjadi Raja Bendahara Perak dan dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.

Di kala Raja Muda Yusuf di Tabal menjadi Sultan Perak Ke 27 pada 7 Oktober 1886, Almarhum diangkat menjadi Raja Muda Perak dan selepas Sultan Yusuf mangkat. Almarhum telah di tabalkan menjadi Sultan Perak yang ke-28 pada usia 38 tahun dan diberi gelar Paduka Sri Tuanku Sultan Idris Murshidul Adzam Shah. Almarhum bersemayam di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Ketika Almarhum menjadi Hakim dalam tahun 1884, Almarhum telah berangkat ke London bersama-sama Sir Hugh Low dan Yang Amat Mulia Raja Mansur Ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah bagi mengambil semula perkakas Kerajaan Negeri Perak yang dibawa oleh orang-orang Inggeris untuk disimpan selepas Perang Perak dalam tahun 1875 hingga 1876.

Tahun 1888 Almarhum berangkat kembali ke England bersama-sama Sir Hugh Low dan Yang Amat Mulia Raja Ngah Mansur Ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II bagi menunaikan jemputan Queen Victoria. Dengan persetujuan Almarhum, Yang Amat Mulia Raja Ngah Mansur Ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II telah mencipta lagu “Lagu Kebangsaan Negeri Perak iaitu Terang Bulan”. Lagu ini mula diketengahkan pada 5 April, 1889 didalam Istiadat Pertabalan Almarhum.

Semasa Zaman Pemerintahan Almarhum Negeri Perak kian maju, pekan-pekan semakin banyak dibuka, hasil bijih timah dari Daerah Kinta banyak dikeluarkan dan ladang-ladang getah semakin banyak dibuka di daerah-daerah dalam Negeri Perak.

Pada tahun 1895, dengan persetujuan Almarhum Sultan-Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Di-Pertuan Negeri Sembilan, keempat-empat buah negeri ini menjadi sebuah Persekutuan Negeri-Negeri yang dinamakan “Negeri-Negeri Melayu Bersekutu”.

Persekutuan ini telah dirasmikan pertubuhannya pada 1 Julai 1896 dan Majlis Raja-Raja keempat-empat buah negeri ini disebut “DURBAR”. Pengerusinya ialah Sir Charles Mitchell selaku Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Gabenor Negeri-Negeri Selat. Majlis tersebut buat pertamanya diadakan di Istana Istana Negara di Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada bulan Julai 1897.

Almarhum telah dikurniakan Bintang Kebesaran G.C.M.G. oleh Raja Inggeris, King George V pada tahun 1901.

Almarhum adalah pencetus kepada penubuhan beberapa buah Sekolah Melayu dan Sekolah Inggeris bagi menempatkan anak-anak Raja dan Orang-orang Besar seluruh Negeri Perak antaranya ialah Babul’d-Darjat (Kolej Melayu) Kuala Kangsar dan King Edward School (asalnya Central School).

Sewaktu pemerintahan Almarhum bahagian Hulu perak yang luasnya seribu batu persegi diambil oleh Kerajaan Reman (Perintah Siam) dalam tahun 1909. Sebagai ganti, Kerajaan Reman menyerahkan balik kepada Kerajaan Perak Kelian Intan dan Keroh, Hulu Perak.

Dalam tahun 1911, Sultan Idris bersama isteri Baginda Tengku Permaisuri Uteh Mariah berangkat ke England menghadiri kemahkotaan Raja Inggeris King George V. Pengiring Almarhum adalah Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Raja Sir Chulan Ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah dan Dato’ Setia Jeragan Abdul Shukur.

Sebuah Maktab Perguruan Melayu di Melaka dan Matang dibuka dan ditutup dalam tahun 1922, kemudian digabungkan menjadi sebuah Maktab Perguruan Melayu yang besar di Tanjung Malim dinamakan Maktab Latihan Sultan Idris semperna nama Almarhum,

Bagi menyempurnakan Nazar Almarhum telah membina dan meletakkan batu asas bangunan Masjid Ubudiah Bukit Chandan yang terletak tidak jauh dari Istana Almarhum.

Semasa Perang Dunia pertama pada tahun 1914, Almarhum bersama-sama Raja-Raja pemerintah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah mengambil bahagian menghadiah sebuah Kapal Perang kepada Kerajaan British yang di beri nama H.M.S Malaya dan telah ditenggelamkan dalam Perang Dunia yang kedua.

Almarhum mangkat di Istana Bukit Chandan Pada 14 Januari 1916, dan dimakamkan di Permakaman Di-Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar bergelar “Marhum Rahmatullah”.






Pahlawan-Pahlawan Negeri Perak D.R. Zaman Dahulu.

Sedikit sebanyak kisah-kisah Pahlawan-Pahlawan Negeri Perak D.R.

malam itu gelap gelita. hitam pekat sehingga tak dapat melihat tanah. namun mereka harus bergegas kerana perkara ini tidak boleh ditunggu lagi. mayatnya sudah ditemui. orang2 kampung juga sudah bersedia di dalam rumah mempertahan keluarga masing2. dalam langkah separuh berlari mereka mengharung semak belukar menuju istana. 

org2 sudah penuh menunggu di halaman dgn keris, lembing dan sundang. tanpa dijemput mereka langsung meredah orang ramai naik ke balai sidang. dato sagor dan daeng murawwah sedang menghadap baginda sultan. semua mata mengarah kepada dato maharajalela yg baru sampai bersama pandak endut dan org suruhannya yg setia, si puntum. 

jauh hari sebelum itu hati mereka sudah sedia membara mendengar si misai melenting itu menyuruh bakar rumah orang kaya menteri paduka tuan, ngah ibrahim. padahal sejak dahulu lagi kawasan lombong timah itu punya raja ngah turun temurun sebelum puak2 cina dibawa melombong di bidor. bapa beliaulah, long jaafar yg mula2 menemui timah di negeri perak ketika gajahnya bernama larut berkubang. mengapa pula beliau tidak dibolehkan memungut cukai di kawasan itu? sudahlah begitu, inggeris menurunkan pula cukai timah, malah menambah pula cukai yg tidak pernah ada pada org melayu. padi dicukai, perahu dicukai, atap dicukai, senjata dicukai dan yg lebih menyakitkan hati mencukai pula setiap kelamin itu dua dolar.

 masih segar dalam ingatan si puntum ketika pandak endut menyampaikan khabar kepadanya bahawa sultan telah berkenan agar dato maharajalela, sebagai pembesar kanan dalam orang besar berlapan perak dan penghulu pasir salak, membunuh tuan birch waktu dia tiba di pasir salak. pandak endut memperlihatkan kepadanya baju, tengkolok dan pedang sebagai buktinya. 

terbayang semula oleh sipuntum akan perbalahan dato sagor dgn mat arshad awal pagi tadi. walau sudah berkali2 ditegah dato sagor supaya mat arshad tidak menampalkan surat pengisytiharan itu tetap saja si kerani keparat itu menampalkannya di setiap kedai yg dilaluinya dalam perjalanan memburu ke batu gajah, kononnya. sungguh pengkhianat itu tidak tahu malu.

 si puntum juga masih ingat bagaimana pandak endut turut menjadi sakit hati melihat derhaka mat arshad pada permintaan dato sagor, meluru ikut sama merentap dan mengoyak2kan surat yg ditampalkan. sungguh pengkhianat ini sama seperti tuannya mahu menunjuk angkuh dan menjarah org melayu tanpa peduli pada amarah org kampung. besar sungguh inggeris di matanya. namun jiwa org kampung sudah terbakar bersama bengis amarah dato sagor yg tak putus2 memaki hamun tuan birch.

 sekilas tanpa sempat ditahan, keris pandak endut sudah terbenam dalam jasad mat arshad. maka mengamuklah sekalian org kampung menghentam askar2 pengawal yg sepuluh orang yg bertaburan lari menyelamatkan diri. tak semena2 bergegas pula pandak endut ke tebing sungai diikuti oleh sekalian orang kampung menghujankan lembing ke arah perahu naga. si puntum ikut berkejaran turun ke air mendepani pandak endut. 

maka kenalah tuan birch dgn hujan lembing itu dan terjun tanpa pakaian ke dalam air menyelamatkan diri. si puntum melihat terjun tuan birch itu dgn sepucuk pistol, maka meloncatlah dia menetak tuan birch dengan sundangnya sebelum pistol itu meletup supaya tiadalah berlaku apa2 pada pandak endut. dan merahlah sungai dicemari darah penjajah tengahari itu. ditinggallah mereka mayat kurus berambut kerinting itu hanyut dibawa air sungai tanpa peduli.

 fikirannya kembali semula ke balai sidang. sultan sedang bercakap2 dgn orang besar2 yg sudah merapat kepada baginda. perasaan si puntum berapi2 kebencian sama seperti marahnya kaumnya yg digelar 'sakai' oleh inggeris. sementelah lama dia berkhidmat dgn org melayu tiada pernahlah orang melayu menyebut mereka dengan panggilan yg bermaksud 'hamba' itu. puas hatinya. membara2 semangatnya. di halaman istana, masih terdengar pekikan dari sekalian org yg ada..
 "tuan birch sudah mati! tuan birch sudah mati!"


Bendera Yang Menglambangkan Kedaluatan Negeri Perak D.R.


Tokoh Dan Pahlawan Malaysia.


Sekolah Menengah Kebangsaan ACS Jalan Lahat Ipoh Perak D.R.

SEJARAH MENGENAI ACS IPOH

Sekolah Anglo-Chinese (ACS) di Ipoh adalah yang tertua dan salah satu daripada sekolah-sekolah yang paling berprestij di negeri Perak, Malaysia.

Biasanya dikenali penduduk tempatan sebagai ACS, sekolah memenuhi keperluan pelajar dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam daripada sistem pendidikan Malaysia (13 hingga 19 tahun). Ia adalah salah satu daripada beberapa sekolah di Ipoh yang menyediakan pendidikan Tingkatan Enam. ACS sekolah rendah, terletak di kawasan yang sama, adalah untuk pelajar dari darjah satu hingga darjah enam (7 hingga 12 tahun).

Kemudahan termasuk kolam renang (salah satu yg terbaik untuk sebuah sekolah di Malaysia, dibina pada tahun 60-an), stadium badminton Teerath Ram (dibina pada anggaran 1 juta Dollar pada tahun 1974), gimnasium, perpustakaan yang luas dan komputer dan makmal sains. Terdapat juga dua gereja Methodist di kawasan sekolah dan tadika yang dikendalikan oleh gereja. Sekolah ini mempunyai pelbagai bidang yang digunakan untuk pelbagai tujuan sukan.

Sekolah ini baru-baru ini menjadi terkenal kerana terbesarnya "Beras kolam '" feat, yang masuk ke dalam Malaysia Book of Records, dan untuk struktur aluminium terbesar yang diperbuat daripada tin kitar semula, yang juga masuk ke dalam Malaysia Book of Records. 



Kenangan Bazar Bulat Ipoh Perak D.R.

Bangunan di atas antara mercu tanda yang menjadi nostalgia kepada sesiapa yang membesar di bandaraya Ipoh sekitar tahun 70'an dan 80'an. Bangunan ini terletak di Pasar Yau Tet Shin dan berhampiran dengan Jubilee Park di pusat bandar Ipoh. Sayangnya bangunan ini telah dirobohkan pada penghujung 90'an dan kini ia dijadikan kawasan parkir kereta. 

Dulu, aku selalu singgah ke Bazar Bulat lepas membeli belah di Super Kinta. Ape lagi kalau bukan makan nasi ayam. Sambil mata menjeling ke arah pusat permainan video.
Bangunannya unik macam donut kerana ia berbentuk bulat. Bangunan ini menempatkan pelbagai jenis kedai antaranya kedai pakaian, pusat permainan video dan snooker. Bazar Bulat juga dikenali kerana restoran nasi ayamnya yang terkenal iaitu restoran Nasi Ayam Bazar Bulat serta sebuah studio rakaman yang dikenali sebagai Studio SYJ di mana sebuah kumpulan rock tempatan yang terkenal sekitar tahun 80'an iaitu SYJ telah ditubuhkan di sini.


Super kinta ipoh.

Super Kinta dah wujud lama sebelum pasaraya Jusco, Ipoh Parade dan Tesco. Tempat membeli-belah paling grand pada zamannya. Melebihi Emporium di pekan Batu Gajah ketika itu. Hehe. Tapi sayang hayatnya berakhir setelah wujud pasaraya yang lebih moden dan lengkap infrastukturnya. Sempat jugak aku berdating pada tahun 2002. Masa tu baju-baju di atas rak dah tak banyak, rata-rata dah tinggal suku sahaja.

Pasaraya ni terletak di tingkat atas Pasar Besar Ipoh.Di bahagian bawahnya terdapat pasar ikan, daging, sayur, babi, buah-buahan dan bahan-bahan memasak. Di tingkat satu terdapat gerai buah-buahan, ubat-ubatan tradisional, Juga terdapat kedai buku, permainan dan perhiasan rumah. Surau dan tandas juga disediakan. 

Di tingkat bawah pulak ada menjual barang antik seperti di pasar Loken.Oh ye, di tingkat satu ada kedai menjual kaset, aku lupa nama kedainya. Kalau nak dapatkan kaset (masa tu takde CD ) sinilah tempatnya. Dan juga tempat men'Dubbing Lagu" pilihan..Zaman kecik-kecik dulu, aku mesti melompat bila bapak aku kata nak pergi Super Kinta. Aku pernah terlost dari pandangan family aku beberapa ketika asyik membelek permainan. 

Department permainan di Super Kinta antara yang terbesar di Malaysia. Manyakk syiokk... Aku tak dapat beli barang permainan yang mahal-mahal macam Maskman, Transformers atau kereta kontrol..cuma yang murah-murah aje, Hotwheels. Tu pun dah gumbira gila.


KOMPLEKS YIK FOONG

Kompleks Yik Foong terletak di Jalan Laksamana berhampiran Super Kinta. Tidak ada pasaraya di Malaysia sepertinya kerana kedai-kedai di dalamnya seperti rumah teres (kedai sebuah-sebuah). Seperti di Kinta City (tidak termasuk Jusco).

 Dulu ada pusat permainan video di tingkat atas sekali kononnya untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Tapi aku redah aje, zaman tu umur 14 tahun.Dulu tak ada pun peniaga Melayu berniaga, susah kot nak bersaing dengan peniaga Cina.

 Kalau ada pun hanya pembantu jualan atau pencuci tandas sahaja. Sedih.. Tapi awal tahun 2000 dah ada peniaga Melayu, nama kedai dia PC Blossom. Aku baik jugak dengan owner kedai tu, Kak Teh namanya. (kak Teh tu bini Pian Shizuka). Berjaya jugak aku beli RAM512 dengan harga yang sangat murah. Sekarang dah banyak peniaga Melayu antaranya Bozok dan ape tah lagi aku lupa namanya.

Kedai Melody Music satu-satunya yang menjual kaset sampai sekarang. Stabil sungguh ekonominya. Carilah apa jenis genre muzik, semua ada dari pop indon, dangdut, rock, punk, oi!, blues hingga ke black metal.

Dulu Kompleks Yik Foong ni selalu jadi port bergaduh. Macam-macam puak ada. Tak lupa jugak tempat memperagakan fesyen pakaian dikalangan peminat muzik antaranya punk dan metal. (Doktor Bentara, sila beri penjelasan, haha)

Kompleks Yik Foong ketika ini terkenal dengan penjualan barangan komputer. Banyak lot kedai bersaing sesama sendiri menawarkan harga yang menarik. Lebih kurang macam di Kompleks Low Yatt, Kuala Lumpur.

Di saat ini pun aku masih teringat lagi keenakan masakan Meggi di kedai bahagian bawah tanah. Apa nama kedai Cina tu aku dah lupa. Sekali sekala aku singgah pekena, melepaskan gian bersama dengan air longsoi. Pergghh...

Band SYJ sempat merakamkan kenangan di Yik Foong dalam album Khudrat (tahun 1990).



Hentian Bas Ipoh Perak D.R. zaman dahulu.


No comments:

Post a Comment